Saturday, November 26, 2016

PENGUMUMAN KHAS KONVENSYEN MAHASISWA HARMONI 2016

PENGUMUMAN KHAS KONVENSYEN MAHASISWA HARMONI 2016
26 November 2016

Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 bakal berlangsung pada 3 Disember 2016 ini dan dijangka menjadi perhimpunan terbesar yang mengumpulkan mahasiswa IKRAM dari seluruh pelosok tanah air. Pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk membumikan visi IKRAM Siswa iaitu Masyarakat Kampus Harmoni dengan Sistem Islam Menjelang Tahun 2020.

Konvensyen akan berlangsung dalam tempoh seminggu namun dukacita dimaklumkan bahawa sambutan penyertaan masih di tahap yang rendah iaitu 416 orang peserta berdaftar daripada 1000 orang sasaran peserta (setakat 10am, 25/11).

Justeru JKPM Pusat, IKRAM Siswa Nasional bersama JK Pelaksana telah melakukan beberapa siri perbincangan dan telah membuat beberapa keputusan besar bagi menggalakkan lagi penyertaan.

1. PENDAFTARAN
Tempoh pendaftaran dilanjutkan sehingga 1 Disember 2016.


2. YURAN
Sebelum ini telah ditetapkan beberapa kategori yuran untuk menggalakkan peserta mendaftar awal dan mendaftar sebagai ahli IKRAM Siswa.

Namun mengambil kira bahawa terdapat ramai lagi mahasiswa IKRAM yang masih belum mempunyai cawangan IKRAM Siswa, keputusan besar telah diambil seperti berikut:

Yuran FLAT RATE RM30 untuk semua, ahli atau bukan ahli IKRAM Siswa.

Kadar ini juga terpakai untuk mereka yang telah mendaftar sebelum ini.

Alhamdulillah, JKPM Pusat telah bersetuju untuk memberi subsidi kepada ahli yang daftar lewat dan bukan ahli IKRAM Siswa dalam usaha memberikan peluang kepada lebih ramai mahasiswa IKRAM untuk hadir ke KMH.


3. REFUND LEBIHAN YURAN
Lebihan yuran untuk semua peserta yang telah membayar yuran RM35 dan RM50 akan dipulangkan secara tunai pada hari program.


4. EARLY BIRDS
Sebagai menghargai ahli IKRAM Siswa yang telah berusaha untuk mendaftar awal, hadiah misteri akan diberikan semasa program. 💰

5. ATURCARA PROGRAM
Aturcara program boleh dirujuk di link berikut:
http://kmh16.blogspot.my/p/aturcara.html

Maklumat lain dan hebahan semasa seperti senarai nama peserta terkini, lokasi program dan sebagainya juga boleh dirujuk di http://kmh16.blogspot.com


6. KEAHLIAN IKRAM SISWA
Meskipun yuran program telah diturunkan kepada kadar yang sama iaitu RM 30 bagi kesemua yang sudah mahupun belum mendaftar sebagai ahli IKRAM Siswa, namun para peserta & siswa berumur 18-30 tahun masih digalakkan untuk mendaftar selaku ahli IKRAM Siswa bagj menikmati kelebihan-kelebihan yang akan diperoleh sebagai ahli di masa hadapan.

Pendaftaran ini juga bakal memperkukuhkan lagi IKRAM Siswa sebagai sebuah organisasi massa pilihan mahasiswa Malaysia.

Justeru, sukacita untuk kami memaklumkan dan menggalakkan lagi pendaftaran keahlian IKRAM Siswa menerusi 3 medium berikut:

🔹SU IKRAM Siswa Cawangan (bagi kampus-kampus yang mempunyai Cawangan IKRAM Siswa)
🔹Pautan bit.ly/daftarikramsiswa (bagi mahasiswa umum/kampus-kampus yang belum mempunyai Cawangan IKRAM Siswa)
🔹Kaunter Pendaftaran Keahlian yang akan dibuka pada konvensyen 3 Disember nanti.

IKRAM Siswa juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan  terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan program ini.

Teruskan sokongan anda & semoga beroleh ganjaran yang baik oleh Allah SWT. Ameen!

Bersama #MenujuKampusHarmoni

"Akhlak l Khidmat l Ukhuwah"

Muhammad Fikri Ahmad
Setiausaha Agung
IKRAM Siswa Nasional 15/16

* * *

"Membumikan Gagasan Kampus Harmoni Dalam Perjuangan"

#HARMONI16 
#KMH16
#KonvensyenHarmoni16
#ikramsiswa
#MenujuKampusHarmoni

No comments:

Post a Comment