16 November 2016
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,
Kepada semua Pengerusi IKRAM Siswa Cawangan seluruh Malaysia.
Alhamdulillah, setelah lebih setahun berlalu, akhirnya Konvensyen Mahasiswa Harmoni kembali lagi dengan tema kali ini, “Membumikan Gagasan Kampus Harmoni dalam Perjuangan”.
Konvensyen Mahasiswa Harmoni merupakan satu perhimpunan yang menghimpunkan aktivis IKRAM Siswa dari seluruh Malaysia untuk mendengar hala tuju IKRAM Siswa, membahaskannya, mendengar pengisian dan seterusnya bermuayasyah dan berkenalan sesama kita.
Daripada sudut sejarah mahasiswa di Malaysia, mengadakan satu perhimpunan yang menghimpunkan lebih daripada 1,000 orang mahasiswa bukanlah satu perkara yang biasa. Justeru, aktivis IKRAM Siswa seharusnya berasa izzah untuk bersama-sama turun menjayakan Konvensyen ini walaupun terpaksa menempuh perjalanan panjang dari utara, selatan atau pun seberang.
Sehingga kini, sudah 3 hebahan yang telah dikeluarkan oleh penganjur berkenaan Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 yang boleh dirujuk http://kmh16.blogspot.my/
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkembangan semasa yang menyebabkan berlakunya beberapa perubahan yang agak besar dalam Konvensyen kali ini.
Maklumat-maklumat tersebut adalah seberti berikut:
1. TEMPAT
Tempat program telah berubah dari Dewan Muktamar JAWI, Pusat Islam, Kuala Lumpur ke TSR CONFERENCE HALL, SHAH ALAM.
2. KUOTA
Berbekalkan dewan yang lebih besar kapasitinya daripada sebelum ini, maka kuota peserta telah ditingkatkan ke 1,500 ORANG.
Kuota tersebut dibahagikan kepada IKRAM Siswa Cawangan seperti berikut:
1. Perlis – 40 orang
2. KUIN – 30 orang
3. UUM – 20 orang
4. USM – 60 orang
5. UiTM PP – 30 orang
6. ISSI – orang 40
7. Muallim – 40 orang
8. UIAM Gombak – 110 orang
9. UiTM SA – 60 orang
10. UKM – 80 orang
11. UPM – 80 orang
12. KUIS – 40 orang
13. UM – 80 orang
14. CUCMS – 120 orang
15. USIM KL – 30 orang
16. IIC – 30 orang
17. PPUKM – 40 orang
18. USIM Nilai – 90 orang
19. Melaka – 40 orang
20. IPTHO – 40 orang
21. UTHM – 40 orang
22. UTM JB – 80 orang
23. UIAM Kuantan – 90 orang
24. UNISZA – 40 orang
25. Kelantan – 40 orang
26. UNIMAS – 4 orang
27. Miri – 8 orang
28. Sabah – 5 orang
29. Lain-lain (Mahasiswa yang berada di IPT belum ada IKRAM Siswa, Aktivis JKPM etc) – 63 orang
Kuota ini diberikan untuk memudahkan setiap ISC menyusun pergerakan dan perjalanan masing bermula dengan pengangkutan, kos dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, pendaftaran tetap bersifat “First Come, First Serve” (FCFS). Maksudnya jika pendaftaran sesuatu ISC melebihi kuotanya, ianya tetap diterima atas dasar FCFS.
Justeru, setiap ISC dinasihatkan untuk mendaftarkan nama secepat mungkin pada pautan pendaftaran yang telah diberikan di http://kmh16.blogspot.my/
3. PENDAFTARAN
Melihat kepada perubahan tempat dan pertambahan kapasiti peserta, pendaftaran early birds dilanjutkan sehingga Sabtu, 19 November 2016, jam 11.59pm.
4. KEAHLIAN IKRAM SISWA
Kelulusan ahli baru IKRAM Siswa yang terakhir akan dibuat sebelum Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 ialah pada hari Jumaat, 18 November. Mohon jasa baik SU ISC untuk menghantar borang pendaftaran beserta yuran keahlian kepada Pejabat SUA IKRAM Siswa Nasional selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah hari, 18 November (Jumaat).
5. PENGECUALIAN YURAN UNTUK BORNEO
Berita baik untuk ahli IKRAM Siswa di Sabah dan Sarawak! IKRAM Siswa Nasional telah memutuskan bahawa kadar yuran untuk aktivis IKRAM Siswa dari Borneo adalah PERCUMA. Yuran percuma ini adalah terhad kepada jumlah kuota yang telah diagihkan kepada setiap ISC di Sabah dan Sarawak seperti di atas.
6. ATURCARA DAN AKTIVITI MENARIK
Agenda utama Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 ialah pembentangan Ucapan Dasar Presiden IKRAM Siswa bertajuk “Membumikan Gagasan Kampus Harmoni dalam Perjuangan”, diikuti dengan perbahasan, forum, sesi dialog antara ahli dan IKRAM Siswa Nasional dan diakhiri pada malam hari dengan Konsert hiburan bermanfaat bertemakan isu-isu kemanusiaan.
Insya Allah aturcara penuh Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 akan dimaklumkan oleh penganjur dalam masa terdekat. Mohon semua aktivis IKRAM Siswa peka dengan setiap hebahan yang akan dikeluarkan.
7. PELUANG PENONJOLAN BAKAT SENI AKTIVIS IKRAM SISWA
Penganjur juga membuka ruang seluas-luasnya untuk aktivis IKRAM Siswa memanfaatkan Konvensyen kali ini untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam masing-masing dalam sesi Konsert pada Sabtu malam. Jika tahun lepas kita mempunyai persembahan Percussion Club, Deklamasi Sajak dan sebagainya daripada aktivis IKRAM Siswa, pasti kali ini kita mahu kepelbagaian lagi.
Semua orang suka akan keindahan, dan sesungguhnya dakwah ini amatlah indah!
Mohon rujuk http://kmh16.blogspot.my/ untuk maklumat lanjut.
8. PENGANJURAN
Untuk makluman semua, Pengarah bagi Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 ialah akh Abdul Halim Abdul Aziz, graduan UIAM Gombak bersama-sama dengan sokongan AJK daripada semua ISC dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Menganjurkan perhimpunan sebesar ini pastinya memerahkan keringat yang besar daripada AJK. Mohon ikhwah dan akhawat yang tidak menjadi AJK untuk sama-sama mendoakan ikhwah akhawat AJK kita yang siang malam bertungkus lumus untuk menganjurkan program untuk kita.
9. KERTAS KERJA UNTUK SUMBANGAN
Bagi menampung kos perjalanan peserta ke Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016, setiap ISC disaran untuk berbincang dengan JKPM masing-masing untuk mendapatkan tajaan termasuklah:
- Yuran Peserta
- Kenderaan (Bas, kapal terbang, Van etc)
- Sumbangan tajaan untuk Konvensyen Mahasiswa Harmoni 16
ISC boleh berhubung dengan SUA IKRAM Siswa untuk mendapatkan kertas kerja program.
10. REFUND
Bagi kes-kes berikut, refund lebihan yuran akan diuruskan oleh urusetia semasa hari program:
- Peserta Borneo yang sudah mendaftar dan membuat bayaran
- Ahli IKRAM Siswa yang telah membayar yuran harga RM35
- Bukan Ahli yang telah mendaftar, tetapi akan mendaftar ahli dan mendapat kelulusan keahlian pada hari Jumaat 19 November.
Ikhwah akhawat aktivis IKRAM Siswa,
Daripada neraca tarbiah, Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 merupakan muktamar tahunan untuk mahasiswa IKRAM seluruh Malaysia. Ianya adalah program kita bersama, daripada mahasiswa, untuk mahasiswa.
Moga segala usaha dan pengorbanan yang telah kita curahkan dalam menjayakan Konvensyen kali ini akan memberikan suntikan semangat yang tinggi untuk kita IKRAM Siswa terus berjuang sehingga bertemu dengan Allah s.w.t kelak, insya Allah.
"Membumikan Gagasan Kampus Harmoni Dalam Perjuangan"
MUHAMMAD FIKRI BIN AHMAD
SETIAUSAHA AGUNG
IKRAM SISWA NASIONAL
No comments:
Post a Comment